KELAB ASEAN BUSKERS adalah salah satu kelab dari 30 kelab bawah
naungan 1M4U MAQIB.Kelab ini diterajui oleh Presiden Kelab iaitu En Azmi B. Ali
(Pak Pandir).
Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk
menggabungkan ahli Buskers seluruh Malaysia selain memberitahu kepada umum apa
itu Buskers.
Menurut Pak Pandir,kelab ini bakal
mengadakan PROGRAM ROAD TOUR yang diaturkan pihak pengurusan MAQIB.Ia bagi
menarik orang ramai mengenali apa kelebihan Buskers dan mengubah persepsi orang
ramai terhadap Buskers.Mereka berpeluang menjadi ahli kelab selepas berdaftar
sebagai ahli Majlis Amanah Qualiti Internet Biru.
Penubuhan kelab ini bukan bertujuan untuk
bersaing dengan dengan mana-mana band Buskers yang lain tetapi tujuannya adalah
mencari rezeki bersama hasil dari berbusking.Turut diadakan sesi
upgrading,bengkel dan kursus Busking untuk berkongsi ilmu sesama peserta.
Harapan Presiden adalah untuk bekerjasama
dengan pihak MAQIB bagi mengubah masa depan setiap orang yang ingin mencapai
impian,selain mengajak ahli2 kelab mewar-warkan kepada umum apa kelebihan kelab
dan MAQIB sendiri untuk memupuk ukhwah bersama bagi mencapai sasaran SEJUTA
WAJAH dan MEMBASMI KEMISKINAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan